Ahad, 17 Jun 2012

SIFAT - SIFAT SEMULA JADI WANITA

Kita wanita memang gemar menjags diri , merawat muka dan badan kita dengan alat- alat kecantik contoh wangian bedak dan sebagainya . Ini lah sifat semula jadi yang ada pada diru kita setiap wanita. Bukan itu sahaja di bawah ini juga adalah sifat -sifat semula jadi kita :

1. Menjaga Kejelitaan
Menjaga kejelitaan semulajadi ( natural beauty) dengan tidak memakai bahan - bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental . Kita Gunakanlah masa untuk perkara yang berfaedag dan tentukan wawasan secara objektif , kita wanita jangan jangan banyak angan-angan . Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk sholat subuh . Dan jangan tidur siang hari .

2. Menjaga Suara
Kita harus latih diri kita bercakap dengan nada yang lemah lembut ,tidak sengau dan suara kita wanita tidak terlalu kuat. Kerana kita wanita sememangnya mempunyai watak yang lembut dan tidak suka kekerasan

3. Menjaga Tukar Kata
Kita lebih baik biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ' tolong ' serta ' minta maaf' jangan kita gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan , sakit hati, menyampah ,benci dan sebagainya kerana dengan cara seperti itu muka kita akan menjadi berkerut dan masam.


4 . Menjaga Kulit
Kebersihan kita wanita sentiaasa perlu dijaga dengan cara memakan makanan yang berupa ulam - ulam yang wangi serta sayuran dan buah- buahan segar dan gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit kita.

5. Menjaga Muka
Tangan kita wanita perlu sentiasa bersih dan lembut . Jangankah kita gunakan bedak yang tidak sepatutnya. Selalu gunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muja kita dan janganlah banyak berangan.

6. Menjaga Rambut
Rambut adalah mahkota kejelitaan kita wanita jadi bersihkanlah rambut kita tetapu jangan terlalu kerap. Bila bersikat , ulangilah sikatan keseluruhan bahagian kepala untuk menjadikan rambut kita subur dan berkilat . Ramai lelaki suka pada wanita yang rambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga Cara Berjalan
Kita wanita harus melatih diri kita cara berjalan . Kita harus jauhi diri kita daro jalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun . Langkah kita jangan terlalu besar , berjalan jangan terlalu laju . Badan kita jangan terlalu membongkok atau tegak leher jangan terteleng ( jangan senget sebelah ) . Muka kita elok ditunduk sediki.

8. Menjaga gerak - geri
Bila kita duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh . Kalau duduk diatas kerusi , eloklah sila panggung . Janganlahh mengangkang . Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap . Cara bergerak biarlah lemah - lembut .

9. Menjaga Senyum
Latihlah diri kita untuk bersenyum jangan tersengih. Tutuplah mulut bila tertawa dan ketawalah secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10.Menjaga Mata
Janganlah mata kita terlalu liar memandang sekeliling .
Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi . Jangan lah kita terlalu kerap mengerdipkan mata dan usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati sendiri

11. Menjaga Kehormatan
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar . Minta izin ibubapa , berpakaian sopan dan pulang seawal mungkin

12. Menjaga Sikap
Taat beragama . Jangan berbohong. Jauhi dari merungut , jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Itu lah sifat - sifat yang kita wanita harus ikuti. Oklah sampai disini sahaja , jumpa lagi ASSALMMUALAIKUM wr rb senyum- seyum selalu

Tiada ulasan: